Program Transformasi Kerajaan ataupun “Government Transformation Program(GTP)” adalah satu tindakan proaktif kerajaan dalam memacu peningkatan kualiti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam program ini, kerajaan telah mengutamakan enam perkara penting bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat.Keutamaan ini di panggil National Key Result Areas(NKRAs) .Masalah kemiskinan penduduk miskin bandar dan kemiskinan tegar diluar bandar adalah isu yang mendorong [1]kabinet memutuskan untuk menambah satu lagi NKRA iaitu yang berkaitan usaha untuk memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.

Dalam erti kata lain, peningkatan kos sara hidup akan menambah beban penduduk yang miskin.Peningkatan kos sara hidup bermakna antaranya peningkatan perbelanjaan makan, penginapan dan pengangkutan.[2]Manakala,penduduk yang miskin pula bermaksud pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM 750 sebulan. [3]Meskipun kadar pengurangan kemiskinan semakin menurun, namun masih terdapat 100,000 isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin mengikut data yang dikeluarkan oleh pengkalan data eKasih. Pada pandangan kasar,jumlah penduduk miskin itu masih lagi besar dan perlu dibantu oleh pihak kerajaan. [4]Mengikut kajian, mereka yang berpendapatan rendah terpaksa memperuntukkan hampir 94 peratus pendapatan kepada perkara-perkara yang sangat asas. Hanya enam peratus digunakan untuk menampung kos sara hidup.

Jika mereka yang miskin tinggal di kawasan bandar. Maka kehidupan mereka akan semakin terhimpit dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat. Isu peningkatan kos sara hidup ini bukan semata-mata berlaku di Malaysia. Namun diseluruh dunia.Muktahir ini, negara adikuasa iaitu Amerika Syarikat juga terpaksa memotong banyak bantuan yang diberikan kepada rakyatnya  semata-mata untuk berperang dengan masalah ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

Maka perang kenaikan kos sara hidup ini perlulah ditangani bersama antara kerajaan dan rakyat. Kerajaan perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam menyelesaikan kemelut peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat ini. Dasar-dasar yang dirancang perlulah bersifat holisitk dalam erti kata lain, mekanisme yang menggerakkan dasar perlu sampai ke ‘bottom billion”.Barulah keselesaan itu dinikmati oleh mereka yang benar-benar memerlukan.

Pihak kerajaan perlu memberi peluang dan alternatif yang jelas kepada rakyat yang berpendapatan  rendah supaya mereka mampu menyara kehidupan mereka dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi.Peluang dan alternatif yang jelas ini bermaksud kesemua mereka yang memerlukan peluang itu dapat maklumat tentang peluang dan alternatif yang diberikan oleh kerajaan.Kerajaan perlu bersifat ‘pemburu’ iaitu memburu mereka yang miskin dan berpendapatan rendah dengan memberi mereka peluang untuk meningkatkan pendapatan mereka.Penimbalnya, rakyat perlu lebih bersifat ‘ringan tulang’ dan merebut peluang  demi meningkatkan lagi pendapatan kehidupan mereka.


[1] Masalah kemiskinan tumpuan NKRA dan bajet 2011, Mutakhir.30/7/2011.http://www.bharian.com.my

[2] Definisi Miskin Tegar, Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat.http://www.kpwkm.gov.my/nkra/definisi. eKasih.http://www.gotani.com

[3] Low-income Household(LIH), PEMANDU.http://www.pemandu.gov.my.

[4] Bring New Meaning to The 7th NKRA, PEMANDU. http://www.pemandu.gov.my